Klik Sini...

kehidupan ku..

Sabtu, 18 Disember 2010

The best part is friends

Kat sini aku takde keluarga. So kawan2 adalah keluarga aku.

Thank you so much to all my friends.

Will miss you..

Jumaat, 17 Disember 2010

ToDAY....



kepala terasa berat tapi tanggungjawap masih banyak lagi rasa macam nak tersungkur je..
Bagaimana harus aku jadi yang berkualiti..
Ya ALLAH pada mu aku berserah segalanya..
Tidak sesal bagiku jika itu yang terbaik untuk dunia dan akhirat ku..

Hari ni aku rasa sedih dan sunyi....apa yang aku inginkn xkan pernah berlaku.. Aku runsing...tpaksa la aku lepak kat hostel dlu dgn mber2 yang lain...dah nasib.apa2 pun aku masih ada family yg selalu berada dgn aku, aku masih ada seseorang yang sentiasa memberi aku semangat dan kekuatan di kala aku kesedihan,faham dengan sifatku dia juga la tempat aku meluahkan segala yang tersirat dan tersurat dia merupakan idolaku,tanpa dia siapala aku di dunia nie, TQ SO MUCH ABAH En,Ismail B' Awang my dad is my lover..yang terbaik bagiku..mngkin ini adalah cobaan buat aku...Yg penting aku xblh menyerah kalah.. untuk budak2 cisco teruskan buat yang terbaik dri sbelum ni ok :)


Khamis, 16 Disember 2010

Tip Pelajar Cemerlang.

Tips Belajar oleh: Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah

      Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.
Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar besar kemungkinan tidak berdisplin sepanjang hayat.
Semua orang ingin berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafu dan emosi.
Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu ataupun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa. 
Setiap hari carilah alasan untuk berubah secara positif. 
Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita. 
Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita. 
Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya. Segala kehebatan sudah ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan. 
Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa. 
Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.
Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif. 
Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan. 
Kegagalan adalah melakukan satu ataupun dua kesalahan berulang kali. 
Orang yang penyayang akan dikelilingi oleh ramai orang yang sayang kepadanya. 
Orang yang pembenci akan dikelilingi oleh ramai orang yang benci kepadanya. 
Pelajar yang serasi rohnya dengan roh gurunya akan mendapat keberkatan ilmu. 
Sayangi dan doakan semua guru untuk serasikan roh dengan guru dan mendapat keberkatan ilmu. 
Sayangi, bantu dan doakan semua kawan-kawan anda bagi mendapat keberkatan dalam pembelajaran.
Maafkan semua orang sebelum tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda.
Orang yang hatinya bersih makbul doanya, cerdas otaknya, sihat badannya, cun wajahnya dan ramai kawannya.
Mulai hari ini perbaiki setiap tindakan dan amalan kta untuk menjadi pelajar terbilang.
Anda tidak boleh berubah selagi anda tidak menerima hakikat yang anda perlu berubah. 
Langkah pertama untuk berubah ke arah yang lebih cemerlang adalah dengan menerima hakikat yang anda sebenarnya bermasalah.
Orang cemerlang menunjukkan hasil. Orang gagal memberi alasan. 
Kenali diri anda yang sebenar sebelum anda dapat menyerlahkan kecemerlangan diri anda. 
Perbaiki hubungan kita dengan Tuhan dan Tuhan
Pelajar terbilang sentiasa taat perintah Tuhan. Dirikan sembahyang lima waktu dengan istiqamah. 
Pelajar yang ingkar perintah Tuhan tidak mungkin menjadi pelajar yang cemerlang. 
Pelajar yang cemerlang bersedia membantu kawan dan bersedia dibantu.
Pelajar yang cemerlang dapat mengawal emosi dan sentiasa ceria dan bersemangat. 
Pelajar yang cemerlang mempunyai matlamat yang jelas, hebat dan dapat membakar semangatnya.
Pelajar yang cemerlang mempunyai imej diri positif dan yakin diri.
Pemakanan yang seimbang penting bagi menjana pemikiran yang cerdas dan memori yang tajam.
Cari tempat tenang untuk belajar. Elakkan mendengar muzik semasa belajar.
Senyum sambil belajar membantu proses pembelajaran.
Bangun pagi dengan tersenyum dan berdoa supaya sepanjang hari menjadi ceria dan bersemangat.
Orang yang gembira tidak semestinya tersenyum. Tetapi orang tersenyum pasti gembira.

SELAMAT BERAMAL :)






Jumaat, 10 Disember 2010

Cerita Gunung senyum TEMERLOH PAHANG.. :)

 

 

 Time ni kami baru je sampai,so lepas je sarapan pagi makan nasi lemak dengan tea panas apa lagi bergambar le kerjanya..hahaa nie la gelagat budak2 CISCO kemana je pergi mesti bergambar..Emm..sabar je la apa2 pun aku tetap heppy dapat kawan mcm korang semua..



first time nie aku masuk gua, ni diantara cerita mitos yang ada kat gua nie..huuu...nak dapat tengok gua-gua kat dalam gunung nie bukan main tinggi nak di panjantnya..nasib baik stamina aku ni kira ok la dapat juga sampai ke puncak semua gua dapat aku jelajahi dengan selamat..




Haa..nie nama dia Gua Terang Bulan..nak masuk dalam gua nie gelap gila..bila dah sampai tengah baru nampak ada satu cahaya dari satu lubang..tu yang dipanggil gua terang bulan sebab cahaya yang masuk dalam gua tu sama macam kita tengok cahaya bulan pada waktu malam..tempat ni agak seram le nak cuba try lee. okey ;)



                                Apa lagi post le..nie le kerjanya bila ada masa free..



Ini le permandangan gunung senyum tu,nampak biasa je kan tapi bila dah masuk baru tahu ceritanya..

Jumaat, 3 Disember 2010

Rahmat Ujian


Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu


Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran


Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya


c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya


Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi


c/o


Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya


repeat c/o 2x


Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu 

Selasa, 30 November 2010

KFC best Ooo..


Malam nie best gila...korg dapat kumpul ramai2 mkn KFC kat bilik,selalunya tak mcm nie tapi memikirkan pasal kedatangan final EXAM hanya beberapa hari je lagi so dorg bpakat ramai2 beli KFC untuk di nikmati bersama-sama...cheewah....terlebih sudah saja ja ni malam nie aku takde buat apa2 so edit my blog je kerjanya....hahahaaa


Sabtu, 27 November 2010

SeDih...

Hari nie aku betul2 sedih ;(..
Rasa macam nak je jerit sekuat-kuat hati dekat hostel nie,Eeeemm nanti kawan-kawan cakap aku gila lak..
ya ALLAH berikanlah aku ketabahan dan kekuatan dalam diri ku ini..
Seandainya ini adalah ujian mu untuk aku..aku redo dengan ketentuan mu ya ALLAH



Ya Allah, Kau bimbinglah aku dalam melayari kehidupan dunia yg palsu ini, Kau berilah aku petunjuk dan hidayah-Mu, sebagai pelita di dalam dunia kegelapan ini Ya Allah..Kau kurniakanlah keampunan,  Kau ampunkanlah dosa-dosa, kerana sesungguhnye Kau lah pengampun dosa-dosa hamba-Mu ini” Amin Ya Rabbal ‘alamin…


Jumaat, 26 November 2010

n@k JuMp@..

RiNdUnyaa...aku pada dia, dah lama aku tak jumpa last jumpa pun masa time raya puasa hari tu...
time aku free dia bz..time dia free ada je alasan..Eeemm takpe la aku terima je la belajar-belajar :)

Tuhan berikanlah aku kekuatan
Untuk temani aku dalam sepi
Tangkap aku dalam terangmu
Berikanlah aku punya cinta


FiN@L eX@m....

Minggu depan dah final exam....takutnya harap-harap aku boleh le jawap semua soalan tu nanti amin..
esok ada test sains kej4 malam ni aku dengan kawan-kawan terpaksa le lepak kat bilik stdy..aku harap sangat semua kawan-kawan aku termasuk le dengan aku ni boleh masuk final...kenapa la susah sangat belajar kat sini,rasa takut tu dah sampai tahap GABAN dah.Lagi 1tahun nak habis tak sabar rasanya..Apa-apa pun aku doakan semua berjaya final nanti ok



Selasa, 23 November 2010

Exam...


   7 hari lagi..
     Exam dah dekat..
     Takutnya rasa..
        Macam mana nak buat nie..
 Stady..Stdy...adoi...laaaa





Isnin, 22 November 2010

Aku..

Hari ini adalah KENANGAN hARI eSok....
tAmPa hari ini TiADanYa hari EsOK....


Kasih sayang itu cantik...
kasih sayang itu indah...
kasih sayang itu murni...
selamanya di hati...amin





Isnin, 15 November 2010

Danau Ku..

Indahnya kampung halamanku memang tak hilang dari penamata ku…
Cinta dan Sayang ku pada Kampung takpenah berubah..
Kejadian Tsunami yang melanda 6 buah Negara di Asia Tenggara antanya Malaysia pada Tahun 2004.
Kampungku tidak terkecuali terkena sepihan ombak jahat @ Tsunami itu kerana berhampiran dengan Selat Melaka..










Ku iNgIn Kamu...

Demi semua yang aku jalani bersamamu
kuingin kau jadi milikku
kuingin kau disampingku
tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
dan hanya dirimu yang bisa
membawa surga dalam hatiku

kuingin engkau menjadi milikku
aku akan mencintaimu
menjagamu selama hidupku
dan aku kan berjanji
hanya kaulah yang kusayangi
ku akan setia disini
menemani…

sentuhanmu
bagaikan tangan sang dewi cinta
yang berhiaskan bunga asmara
dan membuatku tak kuasa
back to ref
di setiap arung gerak
tersimpan di hati kecilku
bahwa dirimu terindah untukku
back to ref
ref2:
selama ku masih bisa bertahan
selama ku masih bisa bernapas
selama Tuhan masih mengijinkan
kuingin selalu menjagamu
back to ref2 [3x]
selama ku masih bisa bertahan
selama ku masih bisa bernapas






Hari demi Hari Ku di sini...


Suasana demi suasana silih berganti, membentukkan satu ilusi yang bertekap dengan sumbangan emosi, gigih, rasuk, marah, kosong menjadi mainan dalam fikiran ku dan hati mengejar satu tujuan, tetapi kecewa dengan pengharapan. Semarak hati semakin menebal membingungkan, merimaskan, menjadikan akal hilang pertimbangan. Maka acuan dicari dan berganti dalam pilihan demi untuk memuaskan asakan dan tekanan yang datang menerjah dalama jiwa ini.

Hari DEmi Hari Ku Di Sini LAgi....
Hari demi hari ku di sini mencari sesuatu...
Hari demi hari ku di sini mencari ilmu...
Hari demi hari ku di sini mencari erti hidup...
Hari demi hari ku di sini menanti dia untuk kebahagian...
Adakah kebahagian ku akan menjelma suatu hari nanti....

Ahad, 14 November 2010

Perjalananku MaSiH JaUh...

Impian dan harapan yang keterlaluan sehingga kita lupa pada godo dan godarnya...

                                                           Terlalu Jauh....


Aku dan DI@......

Kesepian&kesunyian itu
Kadangkala INDAH
Kadangkala MEMBOSANKAN
tapi...
Kesilapan semalam mengajar ku menghargai
detik manis yang telah berlalu dalam
HIDUP ini...



Aku sememangnya ditakdirkan untuk mu dan kau ditakdirkan untuk ku. Peganglah janji cinta kita bahawa kita akan kekal bersama sehingga maut memisahkan. Kita buktikan kepada dunia cinta kita bukan ilusi. Cinta kita nyata dan
abadi selamanya amin..


    terima kasih kau HADIR dalam diri ku...

  terima kasih atas NASIHAT dan TEGURAN atas segala sendu dan tawa ku...

terima kasih atas segala yang telah kau BERI...

terima kasih kerana sudi menjadi SAHABAT dan KEKASIH ku...

terima kasih kerana MENCINTAI dan DICINTAI...

terima kasih kerana MERINDUI diri ku dalam diri mu...

terima kasih kerana menjadi SOKONGAN  dalam kehidupan ku...
terima kasih kerana menjadikan aku CINTA HATI mu...

terima kasih menjadikan aku wanita kedua AGUNG di hati mu selain ibu mu...

terima kasih SAYANG untuk segala-galanya yang kau berikan...

Tasbih CINTA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this widget here

Jom Klik...

My Halamanku