Klik Sini...

kehidupan ku..

Sabtu, 18 Disember 2010

The best part is friends

Kat sini aku takde keluarga. So kawan2 adalah keluarga aku.

Thank you so much to all my friends.

Will miss you..

Jumaat, 17 Disember 2010

ToDAY....



kepala terasa berat tapi tanggungjawap masih banyak lagi rasa macam nak tersungkur je..
Bagaimana harus aku jadi yang berkualiti..
Ya ALLAH pada mu aku berserah segalanya..
Tidak sesal bagiku jika itu yang terbaik untuk dunia dan akhirat ku..

Hari ni aku rasa sedih dan sunyi....apa yang aku inginkn xkan pernah berlaku.. Aku runsing...tpaksa la aku lepak kat hostel dlu dgn mber2 yang lain...dah nasib.apa2 pun aku masih ada family yg selalu berada dgn aku, aku masih ada seseorang yang sentiasa memberi aku semangat dan kekuatan di kala aku kesedihan,faham dengan sifatku dia juga la tempat aku meluahkan segala yang tersirat dan tersurat dia merupakan idolaku,tanpa dia siapala aku di dunia nie, TQ SO MUCH ABAH En,Ismail B' Awang my dad is my lover..yang terbaik bagiku..mngkin ini adalah cobaan buat aku...Yg penting aku xblh menyerah kalah.. untuk budak2 cisco teruskan buat yang terbaik dri sbelum ni ok :)


Khamis, 16 Disember 2010

Tip Pelajar Cemerlang.

Tips Belajar oleh: Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah

      Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.
Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar besar kemungkinan tidak berdisplin sepanjang hayat.
Semua orang ingin berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafu dan emosi.
Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu ataupun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa. 
Setiap hari carilah alasan untuk berubah secara positif. 
Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita. 
Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita. 
Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya. Segala kehebatan sudah ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan. 
Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa. 
Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.
Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif. 
Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan. 
Kegagalan adalah melakukan satu ataupun dua kesalahan berulang kali. 
Orang yang penyayang akan dikelilingi oleh ramai orang yang sayang kepadanya. 
Orang yang pembenci akan dikelilingi oleh ramai orang yang benci kepadanya. 
Pelajar yang serasi rohnya dengan roh gurunya akan mendapat keberkatan ilmu. 
Sayangi dan doakan semua guru untuk serasikan roh dengan guru dan mendapat keberkatan ilmu. 
Sayangi, bantu dan doakan semua kawan-kawan anda bagi mendapat keberkatan dalam pembelajaran.
Maafkan semua orang sebelum tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda.
Orang yang hatinya bersih makbul doanya, cerdas otaknya, sihat badannya, cun wajahnya dan ramai kawannya.
Mulai hari ini perbaiki setiap tindakan dan amalan kta untuk menjadi pelajar terbilang.
Anda tidak boleh berubah selagi anda tidak menerima hakikat yang anda perlu berubah. 
Langkah pertama untuk berubah ke arah yang lebih cemerlang adalah dengan menerima hakikat yang anda sebenarnya bermasalah.
Orang cemerlang menunjukkan hasil. Orang gagal memberi alasan. 
Kenali diri anda yang sebenar sebelum anda dapat menyerlahkan kecemerlangan diri anda. 
Perbaiki hubungan kita dengan Tuhan dan Tuhan
Pelajar terbilang sentiasa taat perintah Tuhan. Dirikan sembahyang lima waktu dengan istiqamah. 
Pelajar yang ingkar perintah Tuhan tidak mungkin menjadi pelajar yang cemerlang. 
Pelajar yang cemerlang bersedia membantu kawan dan bersedia dibantu.
Pelajar yang cemerlang dapat mengawal emosi dan sentiasa ceria dan bersemangat. 
Pelajar yang cemerlang mempunyai matlamat yang jelas, hebat dan dapat membakar semangatnya.
Pelajar yang cemerlang mempunyai imej diri positif dan yakin diri.
Pemakanan yang seimbang penting bagi menjana pemikiran yang cerdas dan memori yang tajam.
Cari tempat tenang untuk belajar. Elakkan mendengar muzik semasa belajar.
Senyum sambil belajar membantu proses pembelajaran.
Bangun pagi dengan tersenyum dan berdoa supaya sepanjang hari menjadi ceria dan bersemangat.
Orang yang gembira tidak semestinya tersenyum. Tetapi orang tersenyum pasti gembira.

SELAMAT BERAMAL :)






Jumaat, 10 Disember 2010

Cerita Gunung senyum TEMERLOH PAHANG.. :)

 

 

 Time ni kami baru je sampai,so lepas je sarapan pagi makan nasi lemak dengan tea panas apa lagi bergambar le kerjanya..hahaa nie la gelagat budak2 CISCO kemana je pergi mesti bergambar..Emm..sabar je la apa2 pun aku tetap heppy dapat kawan mcm korang semua..



first time nie aku masuk gua, ni diantara cerita mitos yang ada kat gua nie..huuu...nak dapat tengok gua-gua kat dalam gunung nie bukan main tinggi nak di panjantnya..nasib baik stamina aku ni kira ok la dapat juga sampai ke puncak semua gua dapat aku jelajahi dengan selamat..




Haa..nie nama dia Gua Terang Bulan..nak masuk dalam gua nie gelap gila..bila dah sampai tengah baru nampak ada satu cahaya dari satu lubang..tu yang dipanggil gua terang bulan sebab cahaya yang masuk dalam gua tu sama macam kita tengok cahaya bulan pada waktu malam..tempat ni agak seram le nak cuba try lee. okey ;)



                                Apa lagi post le..nie le kerjanya bila ada masa free..



Ini le permandangan gunung senyum tu,nampak biasa je kan tapi bila dah masuk baru tahu ceritanya..

Jumaat, 3 Disember 2010

Rahmat Ujian


Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu


Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran


Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya


c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya


Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi


c/o


Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya


repeat c/o 2x


Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this widget here

Jom Klik...

My Halamanku