Klik Sini...

kehidupan ku..

Selasa, 21 Februari 2012

KEhIdUpAn...



Iktiqad dalam hati tidaklah memadai untuk jadi muslimah sejati tetapi diiringi suatu usaha ke arah itu.
Buat satu pegangan atau prinsip bahawa segala sesuatu yang kita buat itu hanya berharapkan keredhaan Allah jua.
Pokok asalnya dari sudut hati nurani, jikalau hati itu sentiasa hidup dengan zikrullah; Insyaallah kita tidak akan
terlalai dengan segala perbuatan dan aktiviti harian kita sebabnya segala perbuatan kita itu kita sudah nisbahkan
kepada Dia.
Hati yang kosong itulah yang tersangat mudah dilalaikan pada bila-bila masa bukan sahaja semasa berkawan atau
berkasih.Jadi nak ceritanya,hati itu perlukan zikrullah; setiap masa, setiap waktu ,setiap ketika ,bila-bila dan selama-lamanya.
Bila hati kita sudah jaga,Allah akan pelihara kita dalam apa jua situasi dan keadaan. Insyaallah ^__^,))

Selasa, 14 Februari 2012


Assalamualaikum...



Terima seadanya apa yang ada kerana setiap apa pun yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi. Dalam perjalanan hidup ini kita mesti terus berjalan namun sesekali kita harus berhenti untuk muhasabah diri sebelum terus meneruskan perjalanan hidup ini. Semoga menjadi ingatan bersama kerana saya juga hambaNya yang masih mencari sesuatu di antara waktu.
 
 
Perjuanganku perlu di teruskan... mencari erti kehidupan yang abadi di bumi pinjaman ini.. mencari sesuatu untuk bekalan di akhirat kelah..
Yakin Setiap yang belaku ada hikmah darinya....

Seandainya Itu Yg Tertulis

 
 
♥ ♥ ♥”Jika namamu yg ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku,
nescaya rasa cinta itu akan ALLAH tanamkan dlm diri kita ..
Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku..
Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dgn kesolehahan mu..Janji ALLAH pastiku pegang dlm misi mencari diri ‘Lelaki yg baik untuk wanita yg baik ” 
♥♥♥ Insyaallah
 
 

Buat Muslimah

Ku berjalan,

ku lihat ramainya wanita-wanita yang cantik jelita,

Ramainya wanita yang berhias dimuka,

Ramainya yang bertudung,

Ramainya yang memakai pakaian yang indah.

TAPI!!!!

Alangkah indahnya jika yang cantik jelita itu...........

Tundukkan pandangan mereka,

Berhias yang teristimewa hnya untuk si suami,

Bertudung ikut syariat,

Memakai pakaian indah yang menutup aurat

Ku renung2 sedalam-dalamnya,

ALLAH....

Takut sungguh pada 'azab ALLAH,

Lupakan kita pada peringatan Rasulullah semasa peristiwa isra' mi'raj:

"Golongan yang paling ramai dalam neraka ialah wanita"

ALLAH....takutnya diriku..

Wahai muslimah,

dirimu terlalu indah,

ALLAH ciptakan bersamamu sesuatu nilaian yg sgt hebat,

Dikau boleh buat islam itu gemilang,

Juga kau boleh buat seorang lelaki itu runtuh jiwanya keranamu.

Jadi,

Mainkan perananmu yang indah itu dengan baik,

Kerana seperti kau tahu diri kita fitnah terbesar.

Jadilah yang terpelihara,

Jadilah yang solehah,

Semampumu..

Moga-moga ALLAH memberkati diriku dan dirimu.
 
  


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this widget here

Jom Klik...

My Halamanku