Klik Sini...

kehidupan ku..

Sabtu, 31 Mac 2012

I happy with my life


Assalamualaikum warahmatullah,


Alhamdulillah... syukur pada ALLAH s.w.t yang masih beri ku masa dan kesempatan untuk bertaubat dan memohon keampunan sebelum ia menjemput ku kembali ke tempat asalnya...

kehidupan yang diredhai Allah..
Bersyukur dengan setiap rezki dan ujian yang datang dalam hidup ini..aku yakin kerna setiap kejadian yang belaku dalam hidup kita ini ad sebab dan hikmah darinya.. Allah maha adil, Allah menguji seseorang itu kerana Allah s.w.t mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita...



RINTIHAN

 ****************************************************************************


Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian…

Dalam hadith qudsi Allah berfirman:

“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”

(HR. Thabrani dari Abu Umamah)
 
Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda: 

“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.”

Jangan lah bersedih, berdoa kepada Allah SWT dan mohonkan ampunan-Nya, mohonlah agar dapat memuhasabah diri sebagai ikhtiar memperbaiki kesilapan diri dan kehidupan insyaallah.


Semoga dengan muhasabah yang baik kita akan menjadi hamba-Nya yang makin mendekat kepada-Nya, mendekat pada syafaat Rasulullah SAW dan pada akhirnya, mendekat pada surga-Nya, baik di dunia maupun di akhirat. Amin.

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaknya setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”(QS. Al-Hasyr :18)

Dari Syadad bin Aus r.a, dari Rasulullah SAW, bahwa beliau berkata, “Orang yang pandai adalah yang menghisab (mengevaluasi) dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah SWT”. (HR. Imam Turmudzi, ia berkata, ‘Hadits ini adalah hadits hasan’)










Dapat BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M)


Alhamdulillah... cik rini dapat baucar buku 1 Malaysia, ini la yang di katakan REZKI allah :) walaupun dan habis belajar.. heheheeee Jadi ap perlu cik rini buat ek dengan baucar ini.....???? eemmm..jgn risau k :) kali ni dapat la cik rini shopping sakan RM200 dengan membeli buku-buku agama insyaallah.




Pameran Buku-buku ilmiah 2012 di Kompleks PKNS SHAH ALAM

Eeemm...kebetulan je semua nie dah ada baucar kan,buat ap lagi beli lee sebelum expirydate....
Alhamdulillah.. Sempat juga cik rini rembat 2,3 buah buku-buku agama untuk baki selebihnya cik rini akan sambung shopping di Sungai petani lak, eemm bukan ap cik rini nak cepat nie dah petang nk gerak g Setia Alam pulak..ad kerja yang belum di selesaikan...




                                         Tertarik dengan Tajuk Buku Tersebut :) senyum



                            Mencari sesuatu untuk kehidupan dunia dan akhirat ku.. insyaallah


                            
                                    Bersama Sahabat Dunia Akhiratku..insyaallah amin


    
Ada sapa-sapa nk pimjam tak..hehehee jgn malu-malu tau insyaallah cik rini boleh kasi...ilmu nie kita xblh kedekut..hehehee



       
 Alhamdulillah..selesai sudah baucer buku cik rini, ini lah sbahagian buku-buku yang cik rini beli shopping... ^__~)) seronok sangat.. Thank's ALLAH s.w.t 





Terima Kaseh pada ALLAH taala..kerna m'beri ku Rezki ini ^__^,))
Terima Kaseh Pada kerajaan Malaysia
Terima Kaseh Pada Pusat Latihan Teknologi Tinggi ADTEC SHAH ALAM
Terima Kaseh Pada Puan Hayati Binti Halimi (b.p Pengarah)
Dan Terima Kaseh Pada Mak,abah ku LOVE U SO MUCH hAnya Allah saja yang dapat mbalas jasa baek korang semua...insyaallah





Jumaat, 30 Mac 2012

Setelah 3bulan Berlalu...

Assalamualikum..
Alhamdulillah.... syukur segala usaha selama hampir 2thn di Bumi Adtec shah alam... selesai :)
kini segala usaha ku berbaloi bila di terima berkerja di sebuah syarikat It :) Alhamdulillah semua ini Rezki Allah.
Percaya lah wahai sabahatku seberat mana ujian yang datang dalam hidup kita jika kita redha akan sesuatu hal itu pasti allah akan menggantikan yang lebih baik buat kita.. jangan bersedih,kecewa atau stres sebaliknya berdoa lah kepadanya... Ubatlah Hati mu dengan 5 perkara ini

1- Baca Quran dan maknaya
2- Solat Malam dirikan
3- Berkumpul dengan orang2 soleh dn solehah
4- Perbanyakkan Puasa
5- Dzikir malam berpanjanglah


Insyaallah... allah maha mendengar (T___T)

Perjalan hidup perlu di teruskan...walaupun berbagai ujian dan dugaan yang datang dalam hidup ini...


                                            Kaki sapa laa kan nie... ( ^__~, )



                                     Alhamdulillah..ini lah tempat cik rini berkerja  :)




                                                    Cantek ke cantik....heheheee



                                         Emm...bersebelahan dengan pasaraya....




                 



Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah senyuman walau dihatimu tak lagi bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka..

Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi godaan dan berpeganglah kepada ALLAH walau dia tak kelihatan, bukti dan kasihnya, kita masih wujud didunia pinjaman ini..

Mungkin ada hikmah yang berlaku sesuatu pekara, yakinlah tuhan menguji hambanya yang mengaku keimanannya. Jangan terlalu berkhayal untuk jadi yang "TERBAIK" kerna hidup ini tak semudah engkau sangkakan.

Perihal kehidupan,sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi..
Insyaallah.. Amin T________T,))










Sabtu, 24 Mac 2012

Untuk apa ujian itu datang pada KITA...!

Setelah terbangun dari lena di pagi jumaat yg begitu Indah 23/03/2012 dalam hati ku berkata alhamdulillahil ladzi ahyana ba'da ma amatana wailaihin nusyur (Segala puji bagi allah yang menghidup aku kembali setelah mematikan aku dan kepada allah aku bangkit.) syukur aku dapat melakukan ibadah dn di beri peluang untuk bertaubat dan memohan keampunan darinya..insyaallah

"Hari nie merupakan hari baru untuk aku mula kehidupan selepas tamat OJT, ini bermakna aku telah tamat perngajian di ADTEC SHAH ALAM... alhamdulillah walaupun pelbagai ujian dan dugaan yang terpaksa aku laluai... dengan izin Allah s.w.t aku masih mampu tersenyum sehingga ke hari ini ( T__T)


************************

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
[2:286]

Ini janji Allah, sebagai orang islam, kita wajib meyakini janji Allah. Apa yang aKU hadapi adalah ujian daripadaNya. Untuk apa ujian itu.? Sebab Allah terlalu sayangkan aku. Allah nak buat aku lebih kuat. Cuma Dia nak tengok setakat mana kesanggupan aku untuk terima ujian ni. dan supaya kita lebih dekat kepadanya..

Solat, puasa, keluarkan zakat dan buat benda-benda wajib tu bukan tanda kita muslim yang baik. Tu kewajipan kita. Tanda kita muslim yang baik adalah apabila kita dekat denganNya. Meredhakan setiap yang telah Dia tetapkan. Yakin dengan janjiNya.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
[2:216]

Setiap ujian yang Dia datangkan adalah untuk buat kita lebih dekat denganNya. Tapi tu terpulang pada cara kita terima ujian tu. Kalau kita redha, inshaAllah kita akan lebih dekat denganNya tapi kalau kita mengeluh dan tak dapat terima ujian tu, jadilah sebaliknya. Kita akan menyalahkan takdir, kita rasa hilang percaya kepada Allah dan lebih terpengaruh kepada hasutan syaitan untuk buat kita makin jauh denganNya. Nauzubillah..



Meredhakan, sangat membantu untuk membuatkan
hari-hari kita sentiasa cerah :)
Ada satu doa untuk menghapuskan sesuatu yang ingin dilupakan dalam hati.

letak tangan atas dada, baca surah ar-Ra'd ayat 39,

“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada 'Ibu segala suratan'.” 
[13:39]

Lepas habis baca, genggam tangan dan buat macam campak jauh2. Letakkan sepenuh keyakinan kepada Allah, inshaAllah, kamu akan dapat melupakannya secara perlahan-lahan.


“Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."
[94:5-6]]

*****************
Semoga kita semua diberi kekuatan untuk menempuh hari-hari yang mendatang.insyaallah








Khamis, 22 Mac 2012

surah an-Nur ayat 26 yang bermaksud



Ramai di antara kita tahu tentang sebuah firman Allah yang menyatakan bahawa wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya. Firman Allah ini boleh ditemui dalam surah an-Nur ayat 26 yang bermaksud:


“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik…..” 








Dengan ini ramai di antara kita menggunakan ayat ini untuk menyatakan tentang hal-hal berkaitan jodoh. Tetapi ada sesetengah di antara kita kurang jelas dengan maksud ayat ini kerana pada pandangan mereka, ramai pasangan yang mereka temui tidak selalunya demikian. Ada lelaki yang baik tetapi berkahwin dengan perempuan yang derhaka. Ada juga perempuan yang baik tetapi si suami begitu zalim.
Untuk menjelas hal ini kita perlu memahami maksud sebenar ayat di atas. Ayat itu perlu dibaca sampai habis. Kita perlu tahu bahawa ayat di atas sebenarnya diturunkan bersempena peristiwa ‘Al-Ifki’, iaitu ketika Sayyidatina Aisyah r.a difitnah oleh puak-puak munafik di Madinah bahawa beliau telah melakukan perbuatan curang dengan seorang sahabat yang baik bernama Sofwan bin Mu’attol.
Allah s.w.t. mempertahankan kesucian Aisyah r.a. dengan menegaskan bahawa jika benar-benar Aisyah itu jahat, beliau tidak akan didampingi orang yang baik-baik seperti Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Bahkan Rasulullah amat menyayaingi Aisyah.
Pengajaran yang kita dapat ambil dari ayat ini adalah hubungan baik seseorang itu bergantung kepada sikapnya sendiri. Jika dia seorang yang baik, mustahil dia akan bergaul dengan orang yang jahat dan begitulah sebaliknya. Seperti juga hubungan suami isteri. Wanita yang baik tidak akan bersama dengan suami yang jahat. Seandainya mereka telah dijodohkan bersama, mereka tetap tidak akan dapat bersatu. Sebab itu dalam Islam sendiri perceraian adalah perkara yang halal. Bukan haram. Meskipun begitu, ia adalah perkara halal yang paling dibenci oleh Allah.
Ini bukan bermaksud kita tidak boleh mengambil jalan terakhir untuk bercerai, tetapi seandainya kita boleh berusaha mengubah pasangan menjadi lebih baik, bersabar dan bertawakkal kepada Allah, maka hendaklah kita berusaha terlebih dahulu. Namun jika tidak mampu berbuat apa-apa lagi kerana sifat isteri yang sering derhaka atau suami yang terlalu zalim, maka bercerai adalah langkah yang jauh lebih baik dari membiarkan diri terseksa dan rumah tangga yang dipenuhi kemurkaan. Kerana tidak mungkin seorang yang baik itu akan bersama dengan seorang yang jahat. Inilah maksud yang kita perlu fahami.
Selain itu kita juga perlu jelas bahawa orang yang baik-baik jarang sekali mengaku dirinya baik. Memang kita semua akui bahawa kita mahu mencari yang terbaik sebagai pasangan hidup kita. Namun sekiranya kita adalah seorang yang berilmu, kita tidak seharusnya memandang hina pada orang yang kurang bernasib baik seperti kita. Jika  kita manusia yang alim, maka membimbing dan mentarbiah pasangan adalah tanggungjawab kita.
Saya hairan dengan sesetengah sikap manusia yang merasakan dirinya baik, punyai keluarga yang beragama tetapi memandang hina insan lain. Bagi mereka orang-orang yang tidak berlatarbelakang agama dan hidup dengan penuh sosial itu begitu hina dan tidak layak untuk mendampingi mereka. Perkara ini benar jika orang-orang itu tidak mahu berubah ke arah kebaikan dan ingin mengheret kita ke jalan maksiat. Tetapi tidak jika mereka mahu berubah, mereka ingin belajar tentang Islam dan ingin kembali kepada Allah. Mereka perlu diberi peluang untuk bersama kita menghayati keindahan Islam.
Namun sikap sesetengah manusia yang merasakan dirinya alim ini begitu mementingkan diri sendiri. Mereka mengabaikan manusia-manusia yang tidak bernasib baik. Ada yang menjauhkan diri dari mereka, malah tidak kurang juga yang menghina. Tidak hairanlah diakhirat esok terdapat 3 golongan yang apabila mereka dicampakkan ke dalam neraka, ahli neraka sendiri akan merasa hairan. Kerana 3 golongan ini kelihatan begitu alim sewaktu hidupnya tetapi siapa tahu, hatinya kotor!
Untuk mendapatkan yang terbaik, biarlah kita sendiri yang mengubah sikap menjadi yang terbaik. Sesiapa sahaja yang kita dampingi, samada baik atau jahat, kita mungkin tidak akan tahu. Elakkan diri dari memilih orang yang tidak sepatutnya namun elakkan juga dari bersangka buruk dan menghina orang lain. Kita diberikan akal untuk berfikir, maka buatlah pilihan yang baik.
Harus diingat, wanita semulia Asiah sendiri dijodohkan dengan Firaun yang begitu zalim. Seandainya kita ini sebaik dan semulia Asiah, kita juga masih belum layak untuk mengakui bahawa kita hanya layak menerima pasangan yang baik. Namun sebagai hamba yang disayangi-Nya, Allah tidak akan sesekali menzalimi kita.
Sebaik atau sejahat manapun pasangan yang kita terima setakat ini, itulah yang terbaik buat kita. Allah tidak pernah salah dalam aturannya. Namun untuk mencari yang lebih baik, Islam telah memberikan garis panduan yang jelas dalam ajarannya. Kita hanya perlu belajar dan mula mengamalkannya.







Rabu, 21 Mac 2012

Akhlak mulia Rasulullah..



"Suatu hari Rasulullah ﷺdidatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah ﷺ seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah ﷺakan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah ﷺ terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah ﷺ itu.

Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah ﷺ menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah ﷺ. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan datangnya dari orang bukan Islam. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa kerana sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah ﷺ .






Selasa, 20 Mac 2012

Saat Terakhir Di Bumi ADTEC SA...

Pintu Masuk....kelas cik rini...


awek-awek DTC sem7 heheheee... JUE & TEHA





Hostel Lelaki...





Berjalan...menuju ke kedai makan :)


Tempat,santai2 Padang ADTEC SHAH ALAM


hahahahaa...terjumpa si KEMBAR yg sangat comel :)



comelnyaaa....





hahahhaaaa.....nie lee sifat2 penyayang..seorang Ibu...comelkan :)






jue dengan si kembar yg sgt comel

kerja-kerja terakhir utk projek akhir di adtec s.alam






Bilik anak dara, bilik cik rini, kembar katil supaya lebih besar ( T___T )



Oopp's.. Bilik bsepah, hehheee sory lee cik rini dok sorang2 agak bz utk bkemas okey :P






Isnin, 19 Mac 2012

sweet Memory











 Sahabat-sahabat2 ADTEC kursus di Kuala Selangor 2011






















Khamis, 15 Mac 2012

7 Petala Cinta

Sinopsis Filem 7 Petala Cinta

7 Petala Cinta yang merupakan sebuah filem cinta berbentuk Islamik yang digarap oleh Azahari Zain dan diterbitkan oleh Metrowealth Pictures mengisahkan kehidupan anak remaja yang mendapat pendidikan dalam institusi keislaman. Pelbagai insiden dan suka duka yang berlaku selain berdepan dengan kemelut yang akhirnya mengundang perspektif berbeza.7 Petala Cinta tidak hanya menyingkap kisah suka duka dunia remaja yang terperangkap dengan nafsu dan nilai budiman dalam jiwa namun turut memaparkan pengorbanan, erti persahabatan serta kisah cinta agung.





















Sinopsis Filem 7 Petala Cinta
Hamka seorang graduan syariah dari Universiti Al-Azhar ditunangkan dengan anak kepada guru di madrasah Qalbun Salim, tempatnya menuntut ilmu, Saidatul Nafisah (Shima Anuar) dan kemudiannya berhijrah ke Yemen untuk menuntut ilmu. Dalam pada masa yang sama, Hilma Aqila (Diana Amir) adik kepada Hamka turut menuntut di Madrasah yang sama. Namun sebaliknya, Hamka gigih menulis al-Quran dengan tulisan tangannya sendiri bagi dijadikan hantaran perkahwinannya kelak.

Entah mana punca, berita mengenai Hamka terbunuh di Yemen tersebar selepas negara itu dilanda perang saudara dan konflik politik. Tunangnya, Nafisah menanti dengan setia dan muncul pula watak Attar (Aeril) seorang yang jahil sehinggalah bertemu dengan Abi Ikhwan (Ustaz Dini) yang mengajar di Madrasah Qalbun Salim.yang sudah lama memendam perasaan kepada Nafisah. Di situlah wujudnya nilai kesetiaan seorang wanita yang mengagungkan seorang lelaki yang dicintai walaupun apa saja yang melanda..





Sahabat Selamanya...Love u all



semakin kta b'iman kpd ALLAH, semakin byk ujian yg ALLAH bg utk kta~
x semestinya ALLAH uji kta, makna ny ALLAH x syg ngan kta... krna t'lalu syg ngan kta lh, ALLAH uji kta... utk melihat sejauh mna keimanan kta utkNYA~ (◠‿◠)

♥ Disebalik ujian ada terselit kebahagiaan hakiki~ ♥
Thank's Siti Mahaniratnasari Love You So Much korang adalah kkuatan k,long.. amin
 
 

Selasa, 6 Mac 2012

Doa orang yang teraniaya...

Sekadar untuk berkongsi...


Dalam kehidupan manusia di dunia ini tidak sunyi dari berbagai ragam dan perangai manusia.Ada yang baik dan tak kurang juga yang berperangai jahat serta zalim, hatta dari kalangan saudara mara, adik beradik sendiri pun sanggup berbuat zalim.Lebih menyayat hati apabila ada anak sendiri yang sanggup melakukan kezaliman terhadap kedua orang tuanya. manusia jenis apakah ini??

Di waktu ini kezaliman sudah bermaharajalela. Nyawa manusia sudah tidak berharga. Baca dan tengok lah berita di tv, internet dan dimana saja kezaliman berlaku di merata-rata tak kira agama ataupun bangsa.Yang kecik, kerdil,rakyat jelata selalu menjadi mangsa.

Kezaliman dan kejahatan dilakukan dalam berbagai cara, ada yang tersembunyi@cara halus seperti guna santau dan bomoh. Ada juga secara terang nyata saperti bunuh, seksa, dera dan lain lain lagi.

Bagi orang islam DOA adalah senjata yang paling ampuh bagi orang yang tidak berdaya untuk melawan kejahatan tersebut.Lagipun, Allah berjanji kepada orang-orang yang soleh yang teraniaya dalam surah Alam Nasyrah." Selepas kepayahan, pasti datang kemudahan. ".



 Doa orang yang teraniaya

1. Mohon pada Allah, untuk menggantikan penipuan dan sebagainya dengan rezeki yang lebih baik dan bertambah-tambah. Baca " Allahuma ajurni fi musibati, wakh lufli khairan minha ". Sangat mujarab bagi orang-orang yang dizalimi dan cepat pula dapat jawapan dari Allah.

ATAU .......

2. Sebutkan doa di dalam bahasa kita " Ya Allah. Mereka ini ( sebut nama mereka ) zalim pada aku. Aku mohon balasan yang setimpal ke atas mereka. Serta bantulah aku keluar dari kesusahan ini. " Juga mujarab.

ATAU .....

3. Biarkan Allah balas mereka di Padang Mahsyar. Tuntut dari Allah segala pahala mereka dan minta Allah campakkan dosa-dosa kita pada mereka. Mereka akan kekal memikul dosa kita dan menerima balasan buat selama-lamanya.





Sekeping HATI....ini



~✿>> Sekeping HATI tetapi boleh kongsi PELBAGAI RASA..
SUKA
DUKA

TANGISAN

KEGEMBIRAAN

KETENANGAN

KEGELISAHAN

MARAH

TERHIRIS

KESEPIAN

KETABAHAN

REDHA




Sekeping hati yang mencari HARGA DIRI, mencari KEKUATAN ABADI..hanya daripadaNya..luka pasti sembuh, tangisan pasti reda..ketenangan pasti hadir..kadangkala diri merasa keletihan di sepanjang perjalanan ini..bertatih, jatuh..bangun kembali..melangkah hari demi hari, menongkah cabaran yang menguji IMAN..SABAR, Allah melihatmu..
 
 
 

Petunjuk solat istikharah...?



JODOH dan PERTEMUAN semuanya dari Allah.. Adakalanya, kita diberi PETUNJUK melalui mimpi.. Mimpi adalah mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan solat Istikharah dan memohon dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH supaya Allah memberikan petunjuk, insyaAllah dengan izinNya kita mendapat mimpi petunjuk.. Kadangkala petunjuk dalam bentuk RASA HATI.. Jika dia pilihanmu, buatlah KEPUTUSAN sebaiknya.. Jika tidak, TOLAKLAH dia dengan BAIK..

Seandainya dirimu TIDAK MEMILIKI sesuatu yang kamu cintai, maka cintailah sesuatu yang kamu miliki..
Jangan pinggirkan Allah kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta..
Jangan dilupakan Rasulullah kerana dia yang mmberi PANDUAN untuk bercinta..♥♥♥


 Seandainya Kau catatkan dia milikku, satukanlah hatinya dgn hatiku
ISTIKHARAH, jawapannya BUKAN sahaja MELALUI MIMPI bahkan juga melalui HATI . TENANG bersamanya. insya-Allah. Walaupun sekarang BUKAN MASANYA, insya-ALLAH, ku PASTI dengan janji-Mu ya ALLAH. !____!
 
Komen2 Dari Pembaca..... ( T___T )
 PERTAMA...
Halimatus Saadiah Eton 
Assalamualaikum..ana mbca panduan..ptunjuk istikharah mngatakan..rmai yg salah fham mksud solat istikharah..krna kita brdoa kpd Allah..meminta pilih..dan diberi ketetapan hati,bkn mnghrapkn mimpi dan ptunjuk..jauh dri ajaran islam..krna..mimpi dan ptunjuk blh mdtangkn kmudaratan..dan fitnah..syaitan dh brjnji yg dia akan mnyesatkn skalian mnusia..ada jgak sblah pihak mgatakn jika kita mndpt mimpi dan ptunjuk slepas mnunaikan solat istikhah..dn tdak mngikutnya.
 
 
 

Isnin, 5 Mac 2012

Sesaat Kau Datang -Ramlah Ram ft SleeQ

Kehidupan kita kadang kala di bawah,dan kadang kali kita di atas... jadi belajar lah bersyukur dengan setiap ap yang belaku.. Mgkin janji nya pada kita,lebih baek dari yg sebelum nie.. INSYAALLAH...


CIK Rini betul2 tsentuh dengan lagu kak' Melah nie.. Jom layan, agak sedih lee ^__-,))


Sesaat Kau Datang...

Sesaat Kau Datang……..
Sesaat Kau Hilang………
Kemunculan dirimu…..
Penuh misteri………..

Verse 2

Kau Mendekat…
Kau Menjauh….
Kau tinggalkan diriku…
Sesudahnya kau membuang
Mencampakkan aku……….

Verse 3

(Alif)


Its not that i dont love you

I just dont want to hurt you
I cant let go of all the good times we share together

(Syarif)

I hate to be cold but i got to let you go

Chorus:

Sungguh kejamnya dirimu….
Mengkhianati cinta yang ku semat di jiwa
Kau hancurkan segala harapan…
Kau remukkan cinta yang telah kita bina…..
Ha….Ha…..Ha…Ha.…Ha…..Ha…

Jika sudah kau mencintai dia

Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati…
Tapi ku ikhlas melepaskanmu…
Karena aku manusia biasa…..

Verse 4

(Alif and Syarif)
Nothings easy girl
Nothings easy girl
Aint nothings easy i hope you understand me girl
Nothings easy girl
Aint nothing in this world
Could ever compare to what we had
Whats gone

Repeat Chorus:

Sungguh kejamnya dirimu….
Mengkhianati cinta yang ku semat dijiwa..
Kau hancurkan segala harapan…
Kau remukkan cinta yang telah kita bina…..
Ha..Ha..Ha..Ha..Ha..Ha..Ha..Ha..

Jika sudah kau mencintai dia

Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..

Jika sudah kau mencintai dia

Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..

Jika sudah kau mencintai dia

Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati…
Tapi ku ikhlas melepaskanmu…
Karena aku manusia biasa…..

Verse 5

Tiada salahku kepada dirimu
Kau buatku sengsara
Kau buat kecewa
Ku Harap ada karma
Yang datang kepadamu……kepadamu








Ahad, 4 Mac 2012

AKu Mukminah Sejati


~✿..Aku bukanlah seorang gadis yang CEREWET dalam memilih PASANGAN HIDUP..
siapalah diriku ini untuk MEMILIH berlian sedangkan aku hanya SEBUTIR PASIR yang wujud di mana-mana..
tetapi aku juga punyai KEINGINAN seperti gadis lain, DILAMAR lelaki yang bakal dinobat sebagai AHLI SYURGA, memimpinku ke arah tuju yang satu..bukan rupa yang ku impikan, bukan harta yang ku inginkan..
tetapi sandaran AGAMA yang ada dalam dirimu yang ku PERLUKAN..aku akan berasa amat BERTUAH andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran PERJUANGANMU..✿~ insyallah

~✿..Tidak perlu lah aku mencarinya aku yakin,seandainya ia jodoh ku pasti satu hari nanti ia akan datang pada ku.. aku yakin dengan janji-janji ALLAH s.w.t.. Tugas ku sekarang adalah MASA DEPAN ku.. aku perlu berbakti pada kedua ibu bapak ku.. impian ku untuk bercinta lagi, biar laa Allah saja yang tentukan.. aku malas utk berfikir lagi.. mperbanyak kan IBADAH kepadanya itu lah yang aku lakukan sekarang.. alhamdulillah... TERIMA KASEH

>>> Andainya kamu adalah JODOHKU yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa KASIH di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita BERPANDANGAN kelak..BAHAGIA itu pasti menjadi MILIK kita, itu janji Allah..aku SAYANG kamu kerana Allah...
(✿◠‿◠)







Semangat yang Hilang



Bagaimana untuk menghadapi keadaan di mana kita telah dikhianati oleh orang yang kita percaya?. Orang itu boleh jadi kawan baik kita, pasangan kita atau sesiapa sahaja yang ada disekeliling kita yang kita kenal pastinya. Cuma mungkin sekiranya orang tersebut lebih rapat dan sangat kita percayai... tamparannya lebih hebat.

Biasanya, antara persoalan yang akan bermain di minda kita ialah," apa salah aku?" dan "kenapa perkara begini berlaku pada aku?".

Pertama sekali, tenangkan diri kita. ambil masa untuk berfikir dan muhasabah diri. Kalau menangis itu dapat mengurangkan tekanan yang anda hadapi , maka menangislah. Atau mungkin anda boleh meluahkan perasaan anda kepada seseorang. Tapi ingat! Bukan semua orang. Pastikan orang yang tersebut seorang yang boleh dipercayai dan dapat membantu anda mengurangkan masalah anda dan bukannya menambahkan lagi masalah.

Kedua, setelah berfikir dan bermuhasabah diri, belajarlah menerima hakikat bahawa diri kita telah dikhianati. Ini sangat penting kerana selagi kita tidak dapat menerima hakikatnya.... kita akan berada dalam keadaan yang tertekan kerana kita cuba untuk menafikan apa yang telah berlaku dalam hidup kita. Dengan kata lain ... redha... dan anggaplah ini adalah ujian dari Allah untuk kita.

Ketiga, bangkit dengan kadar segera (jangan mengambil masa yang terlalu lama untuk mengembalikan semangat yang telah hilang). Mungkin lebih mudah untuk mengatakan dari mengotakan. Tapi kenapa harus terus-terusan menangisi perkara yang telah berlaku?. Anda berhak untuk hidup ceria.

Akhir sekali ... berfikiran positif sentiasa. Pada mulanya tentulah agak sukar..... tapi dengan usaha... anda pasti boleh.

Pilihan ditangan anda.... kalau ceria itu lebih bermakna... kenapa mesti berduka? .......
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this widget here

Jom Klik...

My Halamanku