Klik Sini...

kehidupan ku..

Jumaat, 15 Julai 2011

KURsUs Asas Fotografi..







JADUAL KURSUS ASAS FOTOGRAFI SIRI 1( DSLR )
17 Julai 2011 (AHAD)

8.00 am – Pendaftaran

8.15 am – Sesi pengenalan diri oleh peserta

8.30 am – Pengenalan dan asas fotografi ( DSLR )
a. Peralatan berkaitan dengan fotografi ( Lens,Flash,card,battery
pack,tripod,monopod,remote shutter,flash,dry box )

b. Kamera setting;
( Mode: Auto,Landscape,Macro,Sport,Pro​gram(P),Manual,A,S )
Shutter/speed, Apeture/f, metering, ISO/ASA( analog ), White
Balance, Kelvin

13.00 pm -14.00 pm - REHAT/SOLAT

14.00pm – Perkara berkaitan dengan fotografi ( DSLR )
a. Art Of Photograhpy
b. Komposisi gambar ( Rule Of Third/Depth Of Field )
c. White Balance ( Red ,Green, Blue )
d. Teknikal & Kreativiti.
e. Tips

15.00pm – Sesi Praktikal & tugasan

a. Landscape ( 2 foto setting yang berbeza-manual/auto )
i. Setting aperture : f16
b. Depth Of Field ( 1 foto )
i. Penggunaan aperture yng besar f2.8/3.5
c. Freezing motion ( memberhentikan pergerakan )
i. Penggunaan shutter speed yang laju S125 & lebih
d. Capture motion
i. Penggunaan shutter yang perlahan
e. White Balance control (2 Foto yang berbeza mod )
i. Mendapatkan foto agar kelihatan mengikut mod
(direct sunlight/shade/flourecent/clou​dy/incandescent )

SEMUA TUGASAN TIDAK PERLU MENGGUNAKAN FLASH & TRIPOD.

16.30pm – Sesi komen berkaitan tugasan dan perkara berkaitan fotografi.
17.00pm – Sesi group fotografi dan bersurai.

• Peserta digalakan memakai pakaian yang bersesuaian untuk tugasan/praktikal. ( tshirt kelab atau t shirt rasmi ADTECSA, berkasut)
 
SENARAI NAMA PELAJAR YANG MENYERTAI KURSUS ASAS FOTOGRAFI SIRI 1 KELAB MULTIMEDIA ADTEC SHAH ALAM 2011.

PELAJAR NDP

MOHD RIDUAN BIN ZAHARI 13210035
FAIZAL BIN IDRUS 13110005
RUZAIDAN B. RUSLAN 13210069
NOOR FARINI BT ISMAIL 13210002
SITTI NUR AIDAH BTE SHARIFF OSMAN 13210042
NOR HAKIMAH BINTI MAT AZIZ 13210073
ZARINA BINTI ISMAIL 13210071
NUR SYAZLEENA BINTI ARBAIN 13210067
MOHD FAHMI BIN MOHD NOR 13210089
MUHAMMAD ABDUL HAKAM BIN AHMAD 13210093
MOHD NOOR AIZZAD BIN AHMAD NASARUDDIN 13111174
MOHD ASKIM BIN DERAOF 13111131
MOHAMED NOOR FAZLI BIN MOKHTAR 13111064
MUHAMMAD FADHLULLAH BIN AZAD FAIZLIN 13111281
NOR HIDAYAH BINTI KAHARAN 13111121
SITI NORMADIAH BINTI SAMSURI 13111059
SITI SOLEHA BT SAHRANI 13111245
NUR ADILIN BIN MOHAMMED YUSOF 13111125
MOHAMAD AMIRUL EHSAN BIN MOHD NURDIN 13111187
LEON NYAWAI AK AGAK 13111181
DENNEY BIN JIMIS 13111253
NOOR ZALIKHA BT MD NOOR 13111226
LOGAASWARAN A/L MUNIANDY 13111233
MUHAMMAD HAZIQ BIN MOHD KAMAL ARIFFIN 13111011

Bestnya nama cik rini pn tersenarai juga..... ( ^_____^ ) lepas nie cik rini harap xde dah orang nak marah2 cik rini pasal xreti nk ambil gambarkan..aminn...
 
 
 
  Antara aktiviti yg dapat d lakukan......

 
 
                              Bergambar selepas Tamat kursus  ASAS FOTOGRAFI SIRI 1 KELAB MULTIMEDIA ADTEC SHAH ALAM 2011. mana laa agaknya Cik rini cer cari..hehehee T____T
 
 
 
 

Ganu kite


Kali nie cik rini Ke Kuala Terangganu pulak,biasa la cuti sem kan :). leh la apy2 skit ngan family.





Bandar PERMAISURI Jertih Terangganu






Aiitt..buat ape tu,termenung jauh npak :).





Bangunan Pejabat Daerah Setiu,,heheeee cik rini g teman abah bayar duit Tanah...






Ooo..mam sorang-sorang yer...















Cantik tak,nie le Istana MAZIAH kuala Terangganu..








nie lagi.......














Bas Bandar,T'bang RM1.OO tau sehala,untuk kesemua Lokasi,yg terpilih sahaja... ( *_* )











Bazar Warisan berhadapan Bukit Puteri


























































Khamis, 14 Julai 2011

Tips Diet



Mesti ramai di antara anda yang berazam nak kuruskan badankan!,hari ni cik rini nk brkongsi tips skit dengan korang semua..Jom kta LAyannn.... ( ^___^ )


cik rini sarankan korang usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit, ianya pasti berbaloi-baloi.

Pertama
Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.





Kedua
Lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.

Ketiga
Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.Jangan makan yg manis2 tau.

Keempat
Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.

Kelima
Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.

Keenam
Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.
 
 
 
 
 Sebelum Diet :(..


Selepas :).






Rabu, 13 Julai 2011

Ciri-Ciri Calon Suami



KASIH manusia sering bermusim,sayang manusia tiada abadi.Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janji-Nya pasti.


Hari ni cik rini nk bkongsi 10 RAHSIA untuk kita mcari bakal-bakal SUAMI ( *___* )








1)Kuat agamanya

Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.

2) Baik akhlaknya

Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua IBU&BAPA kita. Mudah di bawa berbincang. Tidak suka berahsia.

 
3)Tegas mempertahankan maruah

Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?
 
4)Amanah

Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, bila berjanji tidak ditepati, lupakan saja si dia.

5)Pemurah tetapi tidak boros

Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama.


6)Tidak liar matanya

Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7)Terbatas pergaulan

Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.
 
8)Rakan pergaulannya

Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.
 
9)Bertanggungjawab & setia

Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab. Setia mengharungi hidup bersama walau susah mahupun senang.

10)Tenang wajah

Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya.









Di sini calon suami bukanlah semestinya seorang ustaz berkelulusan jurusan agama. Akan tetapi dia hendaklah orang yang menaruh minat kepada Islam, berusaha untuk mendalami ilmu-ilmunya, rajin mengerjakan amal shalih dan menjauhi perkara mungkar. Ini penting kerana suami dipertanggungjawabkan untuk memelihara dirinya dan rumahtangganya dari api neraka.


Allah berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka.”
[al-Tahrim 66:06]






IsyaAllah..amin.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this widget here

Jom Klik...

My Halamanku