CINTA bukan milik KITA..tapi milik ALLAH swt ^_____~,))
Cinta bukan milik kita, setiap perpisahan
tidak sia-sia..
Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik
ALLAH. Hari ini Dia tarik rasa CINTA dari hati pasangan kamu sehingga tawar
hatinya. Sebab , mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa CINTA yang lebih
segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu. Semalam kamu berjalan
dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok, bak kata
Saiyidina Umar:
”..waspadalah jangan terpijak atau memijak
onak dan duri..”
Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Sabarlah
hingga kau temukan permata itu..
Jika sedih, Maka menangislah. Tidak ada apa
yang memalukan. Menangisi jangan meratapi. Tetapi,ingatlah kaseh ALLAH dalam
titis-titis air mata yang dialirkan. Kerana kaseh AllahLah kita punya air mata.
Bayangkan jika kita sedih, tapi Allah tak kurniakan kita air mata, pasti seksa
hati menahan sedih dalam diri...
Menangislah......
Kehilangan segala-galanya..? Hilang sesuatu
yang amat penting dan berharga dalam hidup..? Kecewa sangat-sangat sedih
sangat-sangat?
Senang Solusinya: Sabar dan Solat.
Solusi Kedua : Sabar dan solat.
Solusi ketiga : Sabar dan solat.
Dalam solat ada al-Quran , dalam solat ada
zikir dalam solat ada taubat dan keampunan. Pakej lengkap..!
Semua yang berlaku adalah ujian . Tabahlah..!
Tanda ALLAH kaseh,bukan tanda ALLAH benci...










Tiada ulasan:
Catat Ulasan