Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa
berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6
hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1
tahun." (Riwayat Muslim)
Imam Ahmad dan an-Nasai'e meriwayatkan dari Thauban, Nabi SAW telah bersabda: "Puasa
Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 tahun, sedangkan
puasa 6 hari di bulan Syawal, (pahalanya) sebanding dengan puasa 2
bulan, maka itulah bagaikan berpuasa setahun penuh." (Hadis Riwayat Ibu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)
cik rini Sangat tertarik dengan kisah tersebut .. (T__T)
Diriwayatkan
dalam suatu kisah apabila Rasulullah SAW bersama para Sahabat r.a
sedang berada di dalam masjid, ketika sedang Rasulullah SAW mengajarkan
ilmu agama kepada para Sahabat, tiba datang seorang perempuan yang amat
cantik jelita berjumpa Rasulullah SAW. Kecantikkan perempuan tersebut
menyebabkan semua sahabat berpaling ke arahnya. Kemudian, perempuan
tersebut menyatakan hasrat agar Rasulullah SAW mengahwinkan dia dengan
salah seorang daripada sahabat-sahabat Baginda SAW, tetapi dengan 3
syarat.
Syarat
pertama ialah bakal suaminya itu tiap-tiap malam mesti mengkhatamkan
bacaan al-Quran 30 juzu'. Syarat kedua pula, setiap hari suaminya itu
hendaklah sentiasa mendirikan ibadat sepanjang malam, dan syarat ketiga
ialah suaminya hendaklah berpuasa setiap hari sepanjang tahun. Maka
dengan syarat ini, sahabat-sahabat Nabi SAW yang memiliki hasrat untuk
berkahwin dengan perempuan tersebut hilang rasa keinginan itu. Nabi SAW
pun menawarkan kepada para sahabat siapa yang sanggup berkahwin dengan
perempuan ini. Akhirnya sahabat yang berada jauh ke belakang sanggup
berkahwin dengan perempuan tersebut dengan menunaikan ketiga-tiga syarat
tersebut.
Setelah
sahabat tersebut berkahwin dengan perempuan yang cantik jelita itu
berbulan-bulan lamanya, akhirnya perempuan itu melihat suaminya itu,
semakin hari semakin kurang membaca al-Quran, kurang beribadat pada
waktu malam, kurang berpuasa. Lalu dia pun pergi berjumpa Rasulullah SAW
menceritakan hal suaminya yang telah mengingkari janjinya. Lalu
Rasulullah SAW memanggil sahabat tersebut dan bertanyakan kenapa dia
tidak menunaikan janjinya ketika mula-mula ingin mengahwini isterinya
itu.
Lalu,
sahabat tersebut menyatakan Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah
menyatakan bahawa pahala membaca Surah Qul Huwallahu Ahad satu kali
menyamai pahala membaca 10 juzu' daripada al-Quran? Jadi aku membacanya
sebanyak 3 kali. Rasulullah SAW menjawab: Ya.
Kemudian,
Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyebut bahawa dengan membaca
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, maka pahalanya menyamai ibadat
sepanjang malam? Rasulullah menjawab: Ya.
Ya
Rasulullah: Bukankah engkau pernah bersabda bahawa Barangsiapa berpuasa
penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di
bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun?
Rasulullah menjawab: Ya.
Dengan ketiga-tiga jawapan sahabat tersebut,
Rasulullah SAW dan isterinya meraikannya dengan senyuman kesyukuran.









Tiada ulasan:
Catat Ulasan