Semangat yang Hilang
Bagaimana untuk menghadapi keadaan di mana kita telah
dikhianati oleh orang yang kita percaya?. Orang itu boleh jadi kawan
baik kita, pasangan kita atau sesiapa sahaja yang ada disekeliling kita
yang kita kenal pastinya. Cuma mungkin sekiranya orang tersebut lebih
rapat dan sangat kita percayai... tamparannya lebih hebat.
Biasanya, antara persoalan yang akan bermain di minda kita ialah," apa salah aku?" dan "kenapa perkara begini berlaku pada aku?".
Pertama sekali, tenangkan diri kita. ambil masa untuk berfikir dan
muhasabah diri. Kalau menangis itu dapat mengurangkan tekanan yang anda
hadapi , maka menangislah. Atau mungkin anda boleh meluahkan perasaan
anda kepada seseorang. Tapi ingat! Bukan semua orang. Pastikan orang
yang tersebut seorang yang boleh dipercayai dan dapat membantu anda
mengurangkan masalah anda dan bukannya menambahkan lagi masalah.
Kedua, setelah berfikir dan bermuhasabah diri, belajarlah menerima
hakikat bahawa diri kita telah dikhianati. Ini sangat penting kerana
selagi kita tidak dapat menerima hakikatnya.... kita akan berada dalam
keadaan yang tertekan kerana kita cuba untuk menafikan apa yang telah
berlaku dalam hidup kita. Dengan kata lain ... redha... dan anggaplah
ini adalah ujian dari Allah untuk kita.
Ketiga, bangkit dengan
kadar segera (jangan mengambil masa yang terlalu lama untuk
mengembalikan semangat yang telah hilang). Mungkin lebih mudah untuk
mengatakan dari mengotakan. Tapi kenapa harus terus-terusan menangisi
perkara yang telah berlaku?. Anda berhak untuk hidup ceria.
Akhir sekali ... berfikiran positif sentiasa. Pada mulanya tentulah agak sukar..... tapi dengan usaha... anda pasti boleh.
Pilihan ditangan anda.... kalau ceria itu lebih bermakna... kenapa mesti berduka? .......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan