Klik Sini...

kehidupan ku..

Ahad, 4 Ogos 2013

Mendirikan Rumah Tangga.....



Assalamualaikum w.b.t


Allah s.w.t. menciptakan setiap makhlukNya itu dalam berpasang-pasangan, Maha Suci Allah s.w.t. yang menciptakan hambaNya itu sifat dan keperibadian yang khas dan berbeza bagi setiap manusia. Maha Suci Allah s.w.t. juga yang mengurniakan kebaikan dalam jiwa dan akhlak manusia.

“Dan bukankah Kami(Allah) ciptakan kamu berpasang-pasangan?” 

(An-Naba’:8)


Allah s.w.t. telah menetapkan jodoh seseorang itu sebelum kelahirannya ke dunia lagi. Namun, apakah harus sesorang itu mencarinya atau membiarkan saja dirinya didatangi oleh seseorang (jodoh) yang telah ditetapkan itu? Masa itu tetap berlalu dan usia itu sentiasa merujuk kepada masa yang berlalu, seseorang yang telah masuk ke usia remaja pasti tidak akan dapat dinafikan oleh mana-mana pihak bahawa mereka ini adalah golongan yang baru merasa “ingin disayangi dan ingin menyanyangi” sesama mereka ( lelaki dan perempuan). Apa yang ingin ditekankan di sini ialah, setinggi manapun ilmu, budi, dan akhlak seseorang itu, pasti tidak dapat berkata “tidak setuju” dengan kenyataan itu. Sifat “ingin disayangi dan ingin menyanyangi” itu merupakan fitrah manusia yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.. Maha Suci Allah s.w.t. yang menjadikan manusia itu saling memerlukan antara satu sama lain (lelaki dan perempuan), yang sebenarnya membawa kepada hasil yang lebih baik lagi mantap. Adapun manusia itu diciptakan berpasang-pasangan, (tegas!) bukanlah ia dijadikan sebagai satu dalil atau alasan untuk manusia melakukan “kerosakan” di muka bumi ini, iaitu mengadakan hubungan terlarang antara lelaki dan perempuan, tanpa adanya konsep kehambaan diri kepada Allah s.w.t. (iaitu melakukan maksiat). Untuk berpasangan itu haruslah melalui kaedah dan cara yang betul lagi diredhai Allah s.w.t..
Allah s.w.t. memerintahkan dalam firmanNya:

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sedirian(bujang)[1] di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah s.w.t. akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah s.w.t. Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.”

(Nur:32)










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this widget here

Jom Klik...

My Halamanku