Mesti ramai di antara anda yang berazam nak kuruskan badankan!,hari ni cik rini nk brkongsi tips skit dengan korang semua..Jom kta LAyannn.... ( ^___^ )
cik rini sarankan korang usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit, ianya pasti berbaloi-baloi.
Pertama
Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.
Kedua
Lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.
Ketiga
Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.Jangan makan yg manis2 tau.
Keempat
Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.
Kelima
Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.
Keenam
Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.
Sebelum Diet :(..
Selepas :).












Tiada ulasan:
Catat Ulasan