Hari ni cik rini nk bkongsi 10 RAHSIA untuk kita mcari bakal-bakal SUAMI ( *___* )
1)Kuat agamanya
Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.
2) Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua IBU&BAPA kita. Mudah di bawa berbincang. Tidak suka berahsia.
3)Tegas mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?
4)Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, bila berjanji tidak ditepati, lupakan saja si dia.
5)Pemurah tetapi tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama.
6)Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.
7)Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.
8)Rakan pergaulannya
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.
9)Bertanggungjawab & setia
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab. Setia mengharungi hidup bersama walau susah mahupun senang.
10)Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.
Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya.
Di sini
calon suami bukanlah semestinya seorang ustaz berkelulusan jurusan agama. Akan
tetapi dia hendaklah orang yang menaruh minat kepada Islam, berusaha untuk
mendalami ilmu-ilmunya, rajin mengerjakan amal shalih dan menjauhi perkara
mungkar. Ini penting kerana suami dipertanggungjawabkan untuk memelihara
dirinya dan rumahtangganya dari api neraka.
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka.”
[al-Tahrim 66:06]
IsyaAllah..amin.












Tiada ulasan:
Catat Ulasan