Klik Sini...

kehidupan ku..

Selasa, 22 April 2014

Majlis Kahwin Part 1


"assalamualaikum "


sekian lama rinie xde update blog untuk my majlis kawin..huhuuu so untuk part yg pertama rini crita sikit2 je ek majlis kawin dekat sebelah rini dlu dekat KEDAH...huhuuu tanjung dawai hahaa tau x,eh salah hahaa tau dak,ha ni baru betul.. just kidding ok... :)


Alhamdulillah..semua atucara berjalan dengan lancar pada 14.08.2013 hari RABU sebelah malam selepas solat isyak semua family berkumpul di masjid..
waa..best ni dh nk jadi isteri orang dah aku nie..dalam hati ni takut,syok,sedih semua ada..lepas je pak'imam datang tanya dekat aku soalan cepu emas...!



 pak'imam : assalamualaikum amboi lawa anak cik timah malam nie..

hehee jgn salah faham,rini dengan pak'imam ni 1 kampung jdi mmg dia kenal sangat la kan,cik timah tu pulak nama mak rini..so main gurau2 je la ni


rinie : wa'alaikum salam pak'imam dalam hati syok gila ni org kata lawa sapa xsuka kan..hehee

pak'imam : ni pak'imam nak tanya sikit na..mai sini lawa2 ni dah sedia kot no nak jadi bini orang ni...

hahaa..dia boleh tanya pulak...of..coz laaaaaa saya dah sedia pak'imam OII...

rinie : insyaallah saya dah bersedia..hehe tertunduk malu,sambil jeling2 dekat en'suami..heheee bakal ok..lum lagi suami :P

pak'imam : ok la kalau dah setuju kena tandatangan sikit na

rinie  : boleh pak'imam

tapi dalam hati x sabar2 dan ni..hehee

pak'imam : alhamdulillah...ok kalau macam tu kita selawat sikit na..

rinie  : yer pak'imam (*___-) 

hahaa..tu la antara dialong rini ngan pak'imam masa malam nak nikah dekat dalam masjid sebelum ijab dan kabul di mulakan... 



engkau di takdirkan untuk ku..best sangat lagu ni .jom layan kejap..:)












bersambung.......... insyaallah bye u all muah :*









Alhamdulillah



“Sesungguhnya apabila  suami menatap isterinya
dan isterinya membalas pandangan (dengan cinta dan kasih)
Maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih sayang
dan jika suami membelai tangan isterinya,
maka dosa mereka jatuh berguguran di sela-sela jari tangan mereka”
Diriwayatkan oleh Maisaran Bin Ali dari
Abu Said Al-Khudri.




















Jumaat, 11 April 2014

cinta hingga ke jannah



Bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikum SEMUA  (*__*)



Firman Allah dalam Surah Ar-Rum ayat 21 :

" Dan antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan bagimu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya antara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."

“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; 
kerana hartanya
keturunannya
kecantikkannya 
dan 
agamanya
 Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.” 
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Yakinlah bahawa sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah dan masanya pasti akan tiba


Ahad, 16 Februari 2014

Tahun 2014 mood sekarang dh berubah :)




assalamualaikum! 2014 ( *___- )


alhamdulillah...tahun ni rinie masih lagi di beri peluang utk m'update my blog..heheeee memang bz la bila dh bertukar status nie.. dari hidup sorang-sorang sebelum ni dn pun berteman kan amin...  :)  tahun 2014 nie masih lagi berdua tapi insyaallah 2015 nti msti bertiga...amin ya ALLAH amin


walaupun dh masuk bulan feb/2014 rasa-rasanya xterlambat lagi kot nak wish
SELAMAT TAHUN BARU 2014 utk semua pembaca blog rinie "diaqasehku.blogspot.com" rinie sentiasa doakan yg terbaek untuk awok2 semua heheee..cakap ganu pulak yer... ok just joking =p







      hanya menyebuk jee nie..my engagement day adek ipar ku yg comel lote :)





taraaaaaaa...ni la orangnya... :) hope berkekalan hingga ke jannah amin :)




insyaallah klu ada masa lagi rini akan sentiasa update my blog ni yer amin
doakan yang terbaek untuk rinie dan suami yer..bye u all :)


























Ahad, 8 September 2013

Majlis Akad Nikah ...




Bismillahirrahmanirrahim!



Alhamdulillah...

Hanya sekali LAFAZ kini aku sah bergelar ISTERI kepada SUAMI tersayang
Muhammad Ihsan ( ^_____- )..



                               Masjid Haji Zainuddin Tanjung Dawai












Impian dan cita2 rini selama ini untuk jadi isteri kepada LELAKI yg sayang dan cinta pada diri nie,dah pun tcapai...amin

Setiap jodoh dan pertemua itu adalah RAHSIA allah..walaupun rini dan suami hanya mengambil masa 1tahun je untuk bercinta,bertunang dan berkahwin itu semua xmenjadi masalah untuk kami saling mengenali dan memahami antara satu sama lain...

Bersyukur sangat2 pada ALLAH dan keluarga...kerana memberi jodoh yang terbaek utk saya...( *___*)

















 

Ahad, 4 Ogos 2013

Mendirikan Rumah Tangga.....



Assalamualaikum w.b.t


Allah s.w.t. menciptakan setiap makhlukNya itu dalam berpasang-pasangan, Maha Suci Allah s.w.t. yang menciptakan hambaNya itu sifat dan keperibadian yang khas dan berbeza bagi setiap manusia. Maha Suci Allah s.w.t. juga yang mengurniakan kebaikan dalam jiwa dan akhlak manusia.

“Dan bukankah Kami(Allah) ciptakan kamu berpasang-pasangan?” 

(An-Naba’:8)


Allah s.w.t. telah menetapkan jodoh seseorang itu sebelum kelahirannya ke dunia lagi. Namun, apakah harus sesorang itu mencarinya atau membiarkan saja dirinya didatangi oleh seseorang (jodoh) yang telah ditetapkan itu? Masa itu tetap berlalu dan usia itu sentiasa merujuk kepada masa yang berlalu, seseorang yang telah masuk ke usia remaja pasti tidak akan dapat dinafikan oleh mana-mana pihak bahawa mereka ini adalah golongan yang baru merasa “ingin disayangi dan ingin menyanyangi” sesama mereka ( lelaki dan perempuan). Apa yang ingin ditekankan di sini ialah, setinggi manapun ilmu, budi, dan akhlak seseorang itu, pasti tidak dapat berkata “tidak setuju” dengan kenyataan itu. Sifat “ingin disayangi dan ingin menyanyangi” itu merupakan fitrah manusia yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.. Maha Suci Allah s.w.t. yang menjadikan manusia itu saling memerlukan antara satu sama lain (lelaki dan perempuan), yang sebenarnya membawa kepada hasil yang lebih baik lagi mantap. Adapun manusia itu diciptakan berpasang-pasangan, (tegas!) bukanlah ia dijadikan sebagai satu dalil atau alasan untuk manusia melakukan “kerosakan” di muka bumi ini, iaitu mengadakan hubungan terlarang antara lelaki dan perempuan, tanpa adanya konsep kehambaan diri kepada Allah s.w.t. (iaitu melakukan maksiat). Untuk berpasangan itu haruslah melalui kaedah dan cara yang betul lagi diredhai Allah s.w.t..
Allah s.w.t. memerintahkan dalam firmanNya:

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sedirian(bujang)[1] di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah s.w.t. akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah s.w.t. Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.”

(Nur:32)










Khamis, 18 Julai 2013

Penghujung cintaku.....kini :)


Alhamdulillah...90% dah hampir siap persiapannya :) xsabar nk tgu,walaupun penat tpi best sgt ( ^___- ) ...



                     
                             bz cari barang,emmm layan dlu yer :)




                                          Sticker-Sticker comel cik rini :)








Ahad, 5 Mei 2013

xlama dah nie :)

 
Assalamualaikum.....

Alhamdulillah....tggal beberapa bulan je lagi persiapan utk cik rini dan keluarga..untuk majlis perkhawinan rinie farinie & mr Ihsan :) semoga segalanya2 berjalan dgn lancar yer amin... ( *-----* )..









































jatuh cinta


assalamualaikum........

first time in my life 2013,cik rini bru update kan..hehehee dah malas sikit dah sekarang niee..huhuuu yer la sekarang nie cik rini bz dgn urusan..perkhawinan sikit heheee eemm..sapa yg nk kawin emm msti la diri sendirikan :P gatai pulak cik rini nie kan.. :)


 hahaa..nie pic terbaru utk 2013 keluar date nie time nie :) sekarang nie tiap2 bulan kena balik kuala terangganu tau,sbb apa...sbb rindu lee :P waaakaka..
bakal suami cik rini nie org sana,emm kerja pun dkt sana so kna rajin2 la sebulan sekali blk kg :)






hahahaa..nie la orgnya..npk x..npk x..? :)




nie pulak time g kursus kawin..eemm best juga byk ilmu baru yg kita dapat
sambil2 tu blh tgk mr'tunang kan dekat sebelah :)










Isnin, 10 Disember 2012

My engagement day


 Assalamualaikum....

last weekend was my engagement with MR MUHAMMAD IHSAN and family. can you believe it?


































syukur alhamdulillah ='D

Ahad, 11 November 2012

I'm Graduate..alhamdulillah


alhamdulillah...saya Graduate..07/11/2012 PICC PUTRAJAYA
antara keluarga yg hadir thank's mak&abah 4ever love muah n kakmai dn juga abg'cik :)



 
























Ahad, 7 Oktober 2012

Sesuatu Yg BuAT hATI ku terus GEMBIRA :)


Assalamualaikum!



   aPA kabar semua..eemm..pejam celik..pejam celik lagi berapa bulan jee lagi..
Ya allah..harap2 semuanya selamat, in sha Allah amin :)
 - Baju,shawl,Bunga dah siap dah emm ad lagi nie yg cik rini lum beli tempah lagi..xpe2 jangan gadoh2,masih ad masa lagi :)







Sabtu, 18 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Salam Syawal. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir &Batin kepada semua pembaca myblog cik rini nie,cehh.. cik rini nk kasi 1 pantun RAYA dengar ek

“Setitik embun dipohon rimbun, Di atap nipah air tergenang, Dosa tertimbun Mohon diampun, Silap dan salah jangan dikenang. Selamat hari Raya , Maaf Zahir Batin..” 

Raya tahun nie sangat bermanka dan indah buat cik rini,eemm..kenapa ek
Biar la RAHSIA,kalu ada rezki jodoh cik rini akan bagi tahu juga nti bersabar yer..semoga ALLAH permudahkan segala2nya..amin (*___*)mood gembira xterkata..

Terima kasih YaALLAH kerna berikan yang terbaek buat hambamu ini..
bersyukur sangat2...Alhamdulillah









Selasa, 24 Julai 2012

Ramadan Kembali alhamdulillah...2012



Ramadan Mubarak to all of the readers of the blog. May you have a blessed Ramadan.

Allahdulillah Ramadan datang kembali, selesai sudah ibadah puasa hari ini,walaupun dah masuk hari ke 3 ramadan. Semoga Allah SWT berikan kita kekuatan untuk terus istiqomah sehingga ke akhir Ramadhan. Jangan siakan peluang untuk menambah ibadah di bulan ini sahabatku semua....



  • AL-QURAN - Menghasilkan 1 juzuk sehari tilawah dan sebaik-baiknya khatam Al-quran dalam bulan ini.
  • TAHAJJUD -  Tahajjud laksana permata di hati mukmin, bersungguh sungguh melaksanakannya dalam bulan Ramadan dengan niat yang ikhlas.
  • TARAWIH - Bertarawih bersama keluarga dan berjamaah disurau atau masjid.
  • ANAK-ANAK - Tentukan siapa yang akan berpuasa penuh, siapa yang akan puasa sekadar mampu dan bagaimana cara untuk menggalakkan mereka supaya berpuasa.Siapa pula yang akan ikut solat tarawih dan anak yang tidak bertarawih di mana dan apa programnya.
  • ZIKIR & DOA - Manfaatkan keberkatan Ramadan ini dengan zikir & doa.
  • MAKANAN - Berbuka dan bersahur dengan makanan yang seimbang. Digalakkan menjamu orang lain berbuka puasa.
  • SEDEKAH (INFAQ) - Perbanyakkan sedekah dan derma kepada mereka yang memerlukan.









Jumaat, 13 Julai 2012

Santai with SAHABATKU...


assalamualaikum....
alhamdulillah hari nie cik rini dapat luangkan masa dengan sahabat :)
Eeeeemmm..jalan-jalan makan-makan,tambahkan berat badan..terbaek laa
pipi pun dah makin berisi...kan :P




















Khamis, 5 Julai 2012

ISTIGHFAR AKAN MEMBUKA SEGALA YANG TERKUNCI.....


Assalamualaikum...


Ibdu Taimiyyah berkata: "Jika masalah yang saya hadapi menemui jalan buntu maka saya akan beristigfar kepada Allah sebanyak seribu kali,atau lebik kurang,nescaya Allah akan membuka jalan keluar".

   
    "Sehingga aku berkata (kepada mereka) : 'Mintakanlah ampun kepada Tuhan kamu,sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun segala dosa-dosa'


                                                                                                      (Surah Nuh:10)


Setiap dosa atau kesalahan yang kita pernah lakukan,memohonlah keampuan kepadanya sebelum terlambat,bila kain putih menutup tubuh,itu tidak bermakna lagi..setiap Manusia dalam dunia ini pasti pernah lakukan kesilapannya.. setiap apa yang terjadi sudah tercatat darinya buat kita sebagai hambanya..










10 PERKARA UNTUK MERAIH KEBAHAGIAAN...


1. Bangun menjelang fajar menyingsing untuk beristifar

2. Menyendiri untuk bertafakur

3. Menjalin hubungan dengan orang-orang soleh

4. Berzikir

5. Bersembayang dua rakaat dengan khusyuk

6. Membaca AL-QURAN dengan penuh penghayatan

7. Berpuasa pada hari yang sangat panas

8. Bersedekah secara sembunyi-sembunyi

9. Meringankan beban seorang islam

10. Berlaku zuhud terhadap sesuatu yang sifatnya fana































Ahad, 1 Julai 2012

Istikharah Cinta

Assalamualaikum...

Bismillahirrohmannirrohim..
Dengan NamaMu Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Istikharah Cinta
 


Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..








semua org pasti akan mendapatkan cinta sejati mereka. 

tapi,, kita harus bersikap dewasa,, dalam mencari erti cinta sejati.....
Tuhan pasti sudah memilihkan siapa yg pantas untuk dirinya... 

siapa yg pantas untuk menjadi cinta sejatinya.....
CINTA SEJATI,, janganlah kamu mensiasiakannya...









Rabu, 20 Jun 2012

Baru Kuu kenal siapa diri Mu..yG SEBENAR


“Jika dia meninggalkan tanpa alasan. Jangan biarkan dia datang kembali dengan alasan” ♥
Biography
kdg2 kita tdk mghagai cinta...knp??
sbb,kta blum mrsai khlngan dia...
kdg2 kita rsai cinta dia,tp msih xpcya,np??
sbb... kita sllu fikir negatif ttg dia..
kdg2 kita xsdr ati kita btl2 mnyayangi dia,knp??
sbb,kita tnjuk ego xnk mngalah..
hgailah org yg sygkn kita..sbb kita akan mncarinya bila dia sudah tiada di sisi lagi.. sesal pun sudah tiada guna... ♥





















SATU HARI nanti kau akan
MENANGIS untuk aku
seperti aku menangis
untuk kau,

SATU HARI nanti kau akan
MERINDUI aku seperti aku
merindui kau,

SATU HARI nanti kau akan
MEMERLUKAN aku seperti
aku memerlukan kau,

SATU HARI nanti kau akan
MENCINTAI aku TAPI aku
tak mungkin mencintai lagi

Allah selalu ada untukku,
untukmu, dan untuk kita
semua ~ Alhamdulillah! :)























Selasa, 3 April 2012

Cinta Bukan Milik KITA.....




CINTA bukan milik KITA..tapi milik ALLAH swt  ^_____~,))

Cinta bukan milik kita, setiap perpisahan tidak sia-sia..
Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik ALLAH. Hari ini Dia tarik rasa CINTA dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab , mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa CINTA yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu. Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok, bak kata Saiyidina Umar:

”..waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri..”

Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Sabarlah hingga kau temukan permata itu..
Jika sedih, Maka menangislah. Tidak ada apa yang memalukan. Menangisi jangan meratapi. Tetapi,ingatlah kaseh ALLAH dalam titis-titis air mata yang dialirkan. Kerana kaseh AllahLah kita punya air mata. Bayangkan jika kita sedih, tapi Allah tak kurniakan kita air mata, pasti seksa hati menahan sedih dalam diri...

Menangislah......

Kehilangan segala-galanya..? Hilang sesuatu yang amat penting dan berharga dalam hidup..? Kecewa sangat-sangat sedih sangat-sangat?

Senang Solusinya: Sabar dan Solat.
Solusi Kedua : Sabar dan solat.
Solusi ketiga : Sabar dan solat.

Dalam solat ada al-Quran , dalam solat ada zikir dalam solat ada taubat dan keampunan. Pakej lengkap..!

Semua yang berlaku adalah ujian . Tabahlah..!
Tanda ALLAH kaseh,bukan tanda ALLAH benci...

















 

Sabtu, 31 Mac 2012

I happy with my life


Assalamualaikum warahmatullah,


Alhamdulillah... syukur pada ALLAH s.w.t yang masih beri ku masa dan kesempatan untuk bertaubat dan memohon keampunan sebelum ia menjemput ku kembali ke tempat asalnya...

kehidupan yang diredhai Allah..
Bersyukur dengan setiap rezki dan ujian yang datang dalam hidup ini..aku yakin kerna setiap kejadian yang belaku dalam hidup kita ini ad sebab dan hikmah darinya.. Allah maha adil, Allah menguji seseorang itu kerana Allah s.w.t mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita...



RINTIHAN

 ****************************************************************************


Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian…

Dalam hadith qudsi Allah berfirman:

“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”

(HR. Thabrani dari Abu Umamah)
 
Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda: 

“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.”

Jangan lah bersedih, berdoa kepada Allah SWT dan mohonkan ampunan-Nya, mohonlah agar dapat memuhasabah diri sebagai ikhtiar memperbaiki kesilapan diri dan kehidupan insyaallah.


Semoga dengan muhasabah yang baik kita akan menjadi hamba-Nya yang makin mendekat kepada-Nya, mendekat pada syafaat Rasulullah SAW dan pada akhirnya, mendekat pada surga-Nya, baik di dunia maupun di akhirat. Amin.

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaknya setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”(QS. Al-Hasyr :18)

Dari Syadad bin Aus r.a, dari Rasulullah SAW, bahwa beliau berkata, “Orang yang pandai adalah yang menghisab (mengevaluasi) dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah SWT”. (HR. Imam Turmudzi, ia berkata, ‘Hadits ini adalah hadits hasan’)










Dapat BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M)


Alhamdulillah... cik rini dapat baucar buku 1 Malaysia, ini la yang di katakan REZKI allah :) walaupun dan habis belajar.. heheheeee Jadi ap perlu cik rini buat ek dengan baucar ini.....???? eemmm..jgn risau k :) kali ni dapat la cik rini shopping sakan RM200 dengan membeli buku-buku agama insyaallah.




Pameran Buku-buku ilmiah 2012 di Kompleks PKNS SHAH ALAM

Eeemm...kebetulan je semua nie dah ada baucar kan,buat ap lagi beli lee sebelum expirydate....
Alhamdulillah.. Sempat juga cik rini rembat 2,3 buah buku-buku agama untuk baki selebihnya cik rini akan sambung shopping di Sungai petani lak, eemm bukan ap cik rini nak cepat nie dah petang nk gerak g Setia Alam pulak..ad kerja yang belum di selesaikan...




                                         Tertarik dengan Tajuk Buku Tersebut :) senyum



                            Mencari sesuatu untuk kehidupan dunia dan akhirat ku.. insyaallah


                            
                                    Bersama Sahabat Dunia Akhiratku..insyaallah amin


    
Ada sapa-sapa nk pimjam tak..hehehee jgn malu-malu tau insyaallah cik rini boleh kasi...ilmu nie kita xblh kedekut..hehehee



       
 Alhamdulillah..selesai sudah baucer buku cik rini, ini lah sbahagian buku-buku yang cik rini beli shopping... ^__~)) seronok sangat.. Thank's ALLAH s.w.t 





Terima Kaseh pada ALLAH taala..kerna m'beri ku Rezki ini ^__^,))
Terima Kaseh Pada kerajaan Malaysia
Terima Kaseh Pada Pusat Latihan Teknologi Tinggi ADTEC SHAH ALAM
Terima Kaseh Pada Puan Hayati Binti Halimi (b.p Pengarah)
Dan Terima Kaseh Pada Mak,abah ku LOVE U SO MUCH hAnya Allah saja yang dapat mbalas jasa baek korang semua...insyaallah





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this widget here

Jom Klik...

My Halamanku